“Kakak Kandung” Erra: Susah nak cakap betul atau tidak

PERMAISURI Kosmo: “Sampai sekarang susah saya nak cakap, nak kata betul pun tidak, nak kata tidak pun tidak,” kata Sitinah Dollah, 51, anak sulung pasangan Allahyarham Dollah Seman, 92, atau lebih mesra dengan panggilan Pok Loh dengan isterinya, Fatimah Hamid, 74.

Pok Loh sebelum ini mendakwa, Erra Fazira atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek mungkin anak kandungnya yang diserahkan kepada keluarga angkat.

Sitinah yang bekerja mencari lokan berkata, seboleh-bolehnya dia tidak mahu lagi memikirkan perkara itu kerana kesannya sangat besar sehingga diperkatakan orang serta media.

Malah, katanya, dia juga tak tahan diperli penduduk kampung ketika isu berkenaan ditimbulkan enam tahun lalu.

Katanya, sebelum bapanya meninggal dunia kerana sakit tua pada hari kedua Aidilfitri 2010, arwah tidak pernah lagi bercerita mengenai Erra.

“Kami adik-beradik tak tahu sangat hal itu. Kalau nak tahu cerita sebenar, kena tanya Erra sendiri. Lagipun bapa sudah dua tahun meninggal dunia dan emak pula sering ke rumah anak, termasuk ke Kelantan, Kuala Lumpur dan Johor.

“Syukur emak masih sihat. Dia sekarang ada di Tanah Merah, Kelantan dan tinggal di rumah seorang ahli keluarga untuk mengurut orang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pengkalan Gelap, Setiu.

Menurut laporan dalam Metro Ahad pada 2 Julai 2006, pasangan warga emas itu mendakwa Erra mungkin anak kandung mereka yang diserahkan kepada satu keluarga angkat, 36 tahun lalu.

Fatimah dan Pok Loh dikurniakan 14 anak, iaitu enam lelaki dan lapan perempuan yang kini berusia antara 29 hingga 51 tahun, tiga diserahkan kepada orang dijadikan anak angkat.

Mereka menyerahkan anak pada orang lain bukan kerana miskin, tetapi disebabkan keluarga angkat terbabit ingin sangat kerana tiada anak dan semua mereka ada pertalian saudara jauh.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s