Bukit Besi bakal kembali gemilang sebagai nadi ekonomi

DUNGUN 3 Ogos Utusan- Bukit Besi berpotensi untuk mengulangi zaman kegemilangannya sebagai salah satu nadi ekonomi negeri apabila prasarana pengangkutan dan perhubungan terbaru, Laluan Rel Pantai Timur (ECRR) dipanjangkan ke situ.

Ahli Dewan Undangan negeri (ADUN) Bukit Besi, Datuk Din Adam berkata, daripada kawasan yang agak terpencil, ia bagaikan sudah mendapat nafas baru dengan laluan Lebuh Raya Pantai Timur yang mula menjana perubahan.

Beliau berharap kesediaan Kerajaan Pusat meluluskan projek yang dicadangkan dari Kuantan ke Kertih disambungkan sehingga ke Bukit Besi itu kelak benar-benar menjadi kenyataan.

“Ia (perubahan) akan menjadi lebih pantas dan mungkin tidak terjangka, apatah lagi, kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan mula beroperasi pada tahun ini dan aktiviti perusahaan bijih dirancakkan.

“Ia bakal menyediakan kemudahan baru kepada pelabur dan menyediakan lebih banyak penghubung Bukit Besi dengan dunia luar dan masyarakat perlu bersedia untuk memanfaatkan perubahan,” ujar Din kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Kelmarin Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan Exco memaklumkan bahawa fasa pertama ECRR sejauh 109 kilometer (km) bakal dipanjangkan 35 kilometer lagi sehingga ke Bukit Besi.

Ia bagi membolehkan bekalan bijih besi dari daerah itu dibawa ke kawasan Perindustrian Telok Kalong, juga perkhidmatan kargo dan penumpang dapat diperkenalkan di negeri ini .

Ahmad berkata, tambahan laluan rel telah dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Ekonomi Wilayah Pantai Timur (ECERDC) beberapa hari lalu.

“Sebelum ini kerajaan meluluskan projek ECRR sejauh 109km dari Kuantan ke Kertih tapi saya mohon agar ia disambung hingga ke Bukit Besi, Dungun dan beliau (Perdana Menteri) telah bersetuju,” katanya.

Tambah Menteri Besar, dengan pembinaan laluan keretapi itu yang dijangka siap 2016, ia juga bukan sahaja memudahkan bekalan bijih besi diangkut, malah membolehkan ia digunakan untuk membawa penumpang.

Cadangan ECRR melibatkan laluan sepanjang 600km itu dirancang menghubungkan Kuala Lumpur ke Tumpat, Kelantan, melalui Mentakab, Kuantan, Kuala Terengganu dan Kota Bharu.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s