Maidam kutip zakat RM40 juta

Wan Harujan Sulaiman (kiri) menerima zakat perniagaan Bank Simpanan Nasional disampaikan oleh Mohd. Hafis Hashim di Kuala Terengganu, kelmarin.

KUALA TERENGGANU 3 Ogos Utusan – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) mengutip zakat sebanyak RM40 juta sejak awal tahun lalu sehingga hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Wan Harujan Sulaiman berkata, kutipan zakat tersebut meningkat berbanding dalam tempoh yang sama pada tahun lalu iaitu hanya RM30 juta.

Katanya, pihaknya yakin perolehan tersebut akan meningkat dengan lebih ketara sehingga hujung bulan ini kerana orang ramai gemar membayar zakat pada bulan Ramadan.

“Memang ada berlaku pertambahan yang memberangsangkan tahun ini iaitu kita berjaya mengutip lebihan RM6 juta sebelum tiba bulan Ramadan lagi.

“Pertambahan kutipan juga ada kaitan dengan ketibaan bulan Ramadan yang lebih awal berbanding tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima zakat perniagaan daripada Bank Simpanan Nasional (BSN) yang disampaikan oleh Pengarah BSN negeri, Mohd. Hafis Hashim berjumlah RM60,727 di pejabatnya di sini semalam.

Dalam pada itu, ujar beliau, Maidam telah mengagihkan zakat sebanyak RM42 juta kepada penerima-penerima yang layak sehingga hari ini.

“Jumlah tersebut dilihat lebih tinggi daripada kutipan yang diperoleh sehingga kini kerana ia termasuk lebihan zakat tahun lalu sebanyak RM15 juta hasil pembayaran orang ramai pada bulan November dan Disember tahun lalu.

“Kita juga percaya, pada tahun ini, jumlah zakat yang dikutip akan terus meningkat ketika hujung tahun seperti tahun-tahun sebelumnya, tambahan pula kita masih meneruskan pembayaran zakat menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) untuk pelanggan Celcom dan Maxis bagi memudahkan pembayaran zakat,” katanya.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Islam, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s