Peneroka Felda Terengganu Bakal Terima Wang Raya Mulai Rabu Depan

KUALA TERENGGANU, 3 Ogos (Bernama) — Peneroka Felda Wilayah Terengganu akan menerima pemberian Hari Raya Aidifitri minimum RM200 secara berperingkat di negeri ini bermula Rabu depan.

Pengurus Besar Felda Wilayah Terengganu Abd Malib Abd Rani berkata peneroka yang masih menghantar tuaian buah kelapa sawit kepada Felda akan menerima wang Aidilfitri itu sebanyak RM400 manakala peneroka yang menjualnya kepada pihak lain akan menerima RM200.

“Tapi bilangan yang menerima RM200 ini kecil. Ia tidak sampai 10 peratus pun daripada jumlah peneroka yang ada di negeri Terengganu.

“Bantuan ini diharap dapat meringankan beban keluarga peneroka untuk menyambut Aidilfitri tahun ini dan dibayar selewat-lewatnya sebelum 15 Ogos ini,” katanya kepada Bernama di sini, Jumaat.

Felda akan mula mengagihkan RM2 juta wang Aidilfitri kepada 7,463 keluarga peneroka di 20 tanah rancangan Felda di negeri ini mulai 8 Ogos.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s