Warga emas daif sanggup pelihara dua anak angkat

KUALA TERENGGANU 4 Ogos Utusan – Pada mata kasar, mungkin tiada apa yang istimewa bagi seorang warga emas, Awang Ngah Sulong, 73, yang berasal dari Kampung Enjin Gergaji, Chukai, Kemaman.

Raut wajah bersahaja, selain kisah kehidupan yang dihimpit kemiskinan memberi gambaran nasibnya tidak jauh berbeza dengan golongan miskin lain yang senasib dengannya yang sudah tentu memerlukan bantuan.

Biarpun begitu, kemuliaan hati warga emas itu tiada siapa tahu tatkala kehidupan masih memerlukan bantuan, dia sanggup mengambil risiko memelihara sepasang bayi kembar perempuan sehinggalah kanak-kanak itu kini mencecah usia 11 tahun dan diberi nama, Masmira dan Mastika.

Pasangan bayi itu dibela, ditatang bagai minyak penuh, umpama anak kandung sendiri biarpun kehidupan Awang Ngah berserta isterinya yang dikenali sebagai Wan Zaharah dan dua lagi anak kandungnya dalam keadaan serba kekurangan dan daif.

Namun, setelah memikirkan nasib malang menimpa pasangan kembar itu, mendorong Awang Ngah dan isteri membuat keputusan untuk membela mereka seperti anak sendiri.

Menurutnya, bayi kembar itu diambil setelah bapa mereka meninggal dunia dalam nahas di Kuantan, Pahang manakala ibu mereka pula hilang tanpa khabar berita.

“Ia bermula kira-kira 11 tahun lalu, saya diberitahu seorang rakan mengenai nasib bayi kembar perempuan ini, lalu saya dan isteri buat keputusan untuk menjaga anak ini.

“Memang kami sedar kami miskin dan memerlukan bantuan tetapi rasa simpati dan kasihankan nasib yang dialami dua anak kembar ini, kami sanggup bela mereka seperti anak daripada darah daging sendiri,” katanya sewaktu ditemui di sini baru-baru ini.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s