Polis Kenal Pasti Empat Kawasan Kemalangan Tinggi Di Besut

BESUT, 6 Ogos (Bernama) — Polis Besut mengenal pasti empat lokasi yang kerap berlaku kemalangan maut di daerah ini terutama pada musim perayaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Besut, Deputi Supt Noor Zainy Mohd Noor berkata lokasi berkenaan ialah laluan Jerteh ke Bukit Yong, Jerteh ke Pekan Jabi, Kampung Raja ke Kampung Tembila/Beting Lintang dan Kampung Jabi ke Kampung Anak Ikan.

“Bagi pemandu kenderaan, jalan-jalan berkenaan kelihatan lurus, tetapi lokasi berkenaan mempunyai selekoh tajam serta terdapat banyak kawasan perumahan di kiri dan kanan laluannya jadi mereka harus berhati-hati ketika melalui kawasan ini,” katanya kepada Bernama di sini Isnin.

Kata beliau kawasan berkenaan merekodkan kemalangan dan kematian tertinggi sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Katanya polis trafik akan membuat pemantuan di laluan berkenaan pada musim perayaan ini dan akan mengeluarkan saman terhadap pemandu yang tidak mematuhi peraturan jalan raya.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s