Banglo ADUN Ajil hangus

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM-amir.azam@kosmo.com.my

ORANG ramai melihat banglo Rosol yang sedang dijilat api dalam kebakaran yang memusnahkan hampir keseluruhan kediaman itu di Kampung Baru 23, Hulu Terengganu kelmarin.

 

HULU TERENGGANU – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ajil, Datuk Rosol Wahid (gambar kecil) kerugian lebih RM100,000 apabila banglo miliknya hangus terbakar sebaik pulang daripada berbuka puasa dan bertarawih dalam kejadian di Kampung Baru 23 di sini kelmarin.

Kejadian pukul 10.15 malam itu mengakibatkan banglo satu tingkat yang mempunyai lima buah bilik itu musnah hampir keseluruhannya mengakibatkan semua barangan berharga terbakar.

Menurut Rosol, ketika kejadian, beliau dan semua ahli keluarganya tiada di rumah kerana berbuka puasa dan bertarawih di rumah kakaknya di Kampung Baung yang terletak kira-kira 10 kilometer dari rumahnya.

Katanya, beliau hanya dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh isterinya, Datin Halipah Ahmad yang tiba terlebih dulu di kediamannya itu.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s