Penulis Diminta Bantu Promosi Pakej Pelancongan Berbasikal 1Malaysia Terengganu

KUALA TERENGGANU, 9 Ogos (Bernama) — Penulis majalah tempatan dan luar negara diharap dapat membantu Tourism Malaysia Terengganu dalam memperhebatkan promosi Pakej Pelancongan Berbasikal 1Malaysia Terengganu.

Pengarahnya Mohd Nasir Kushairi berkata sebuah majalah berbasikal popular yang berpangakalan di Kuala Lumpur yang turut mempunyai edaran di Singapura buat permulaan akan menguji sendiri pakej berbasikal yang ditawarkan oleh agensi pelancongan negeri itu.

“Pakej pelancongan berbasikal 1Malaysia Terengganu itu dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Abdul Rahin Mohd Said baru-baru ini,” katanya kepada pemberita di sini, Khamis.

Beliau berkata terdapat lima pakej pelancongan berbasikal yang disediakan di Terengganu iaitu Mountain Bike Package, Adventure Package, Adventure Package 2, Terrapuri Cycling Explorer dan Terengganu Cycling Explorer masing-masing di sekitar daerah Kuala Terengganu, Marang dan Setiu.

Katanya pakej itu akan diperluas di daerah lain seperti Besut, Kemaman, Dungun dan Hulu Terengganu dengan harapan akan popular di kalangan pelancong domestik dan antarabangsa bagi membolehkan mereka menyaksikan keindahan alam semula jadi Terengganu menerusi kayuhan santai.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Permandangan, Pelancongan & Rekreasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s