PM berbuka di Kampung Padang Nenas, Tepoh

Percayai kerajaan tepati janji

 

Oleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM
amir.azam@kosmo.com.my

 

NAJIB (kanan) dan Ahmad bersalaman dengan orang ramai pada Majlis Berbuka Puasa Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Padang Nenas, Kuala Terengganu semalam.

 

KUALA TERENGGANU – Kerajaan akan terus berpegang kepada prinsip janji ditepati kerana ia merupakan perkara wajib yang dituntut dalam Islam.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan sentiasa komited menunaikan segala janji kepada rakyat tanpa mengira kaum dan fahaman politik.

Beliau menegaskan, jika janji itu gagal dikotakan, kerajaan sedia menerima realiti ditolak oleh rakyat.

“Kita akan terus berjuang untuk tunaikan janji kepada rakyat. Jangan gusar dan goyah kerana kita berada di landasan betul mengikut sunah dan al-Quran.

“Marilah kita teruskan perjuangan dan berilah kepercayaan kepada kerajaan yang berpegang pada prinsip janji ditepati,” katanya pada majlis Berbuka Puasa Pemimpin Bersama Rakyat di Kampung Padang Nenas di sini semalam.

Hadir sama, Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said.

Lebih 10,000 penduduk Parlimen Kuala Nerus dan Dewan Undangan Negeri Tepoh hadir pada majlis itu.

Menurut Najib, prinsip berpegang pada janji ditepati bukan tema politik semata-mata sebaliknya hukum Allah.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s