YPU Anjur Himpunan Khas Usahawan, Agensi Kerajaan Pada 4 Sept

August 09, 2012 15:39 PM
KUALA TERENGGANU, 9 Ogos (Bernama) — Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPU) akan menghimpunkan seramai 4,000 usahawan dan wakil agensi kerajaan pada perhimpunan khas di sini, 4 Sept depan.

Ketua Pegawai Eksekutif YPU Azmi Razik berkata perhimpunan terbesar yang pernah dianjurkan itu bertujuan mengeratkan hubungan kerjasama selain menyemarakkan semangat kesatuan antara usahawan setempat.

“Kita akan menghimpunkan usahawan di negeri ini dalam semua bidang bersama agensi kerajaan terbabit, sempena sambutan hari raya bertempat di Dewan Besar YPU, Jalan Padang Hiliran,” katanya pada Khamis.

Beliau berkata perhimpunan itu merupakan kesinambungan daripada himpunan usahawan 2012 yang diadakan di Dewan Besar Wisma Darul Iman, baru-baru ini.

Katanya antara agensi terlibat ialah Majlis Amanah Rakyat, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan dan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s