Ibu terkilan anak tak sempat beraya, maut akibat kemalangan

12 Ogos 2012

KEMAMAN – “Saya rasa sungguh terkejut dan terkilan di atas apa yang berlaku kerana semua persiapan raya untuk anak saya telah disiapkan. Malah anak saya sering mencuba sepasang baju Melayu dan kemeja T yang dibeli untuk dipakai pada hari raya nanti.

“Bagaimanapun saya reda di atas apa yang terjadi kerana ia sudah ditakdirkan begitu,” kata Zaleha Ismail, 59, mengenai kematian anak bongsunya, Mohd Hanif Aizam Harun, 15, dalam kemalangan di Jalan Pantai Kampung Beris Meraga, Kijal di sini petang semalam.

Mangsa yang cedera parah di kepala dan badan meninggal dunia di Hospital Kemaman kira-kira 10 pagi tadi.

Menurut Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Che Suza Che Hitam, kemalangan berlaku kira-kira 5 petang semalam setelah remaja tersebut dikatakan terbabas dan terjatuh dari motosikalnya.

Zaleha berkata anaknya itu sering ke pantai sementara menunggu waktu berbuka puasa.

Sementara itu seorang lagi penunggang motosikal turut maut dalam kemalangan jalan raya di Km123 Jalan Kertih-Kuantan di Kampung Bukit Kuang di sini kira-kira 9.25 malam tadi.

Mangsa dikenali sebagai Mohd Noor Razali, 22, dari Kampung Bukit Kuang yang meninggal di tempat kejadian apabila motosikalnya digilis sebuah lori kontena.

Che Suza berkata kejadian berlaku semasa mangsa datang dari arah Kertih menuju Bandar Chukai.

“Apabila sampai di tempat kejadian, motosikal mangsa bergesel dengan seorang pejalan kaki. Akibat pergeseran itu, mangsa jatuh ke atas jalan lalu digilis lori kontena berkenaan,” katanya.

Pemandu lori berumur 38 tahun itu dari Temerloh, Pahang, telah ditahan untuk siasatan. – Bernama

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s