Kerajaan Terengganu Mahu Usahawan Bumiputera Sertai Semua Sektor

KUALA TERENGGANU, 15 Ogos (Bernama) — Usahawan di negeri ini perlu meneroka peluang di setiap bidang dan bukan dalam sektor binaan semata-mata untuk mempersiap diri bersaing di peringkat antarabangsa.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan dan Koperasi Negeri Datuk Mohamed Awang Tera berkata sudah tiba masanya mereka merebut peluang yang ada kerana kerajaan negeri berhasrat melahirkan lebih ramai usahawan Bumiputera dalam pelbagai bidang.

Kerajaan negeri Terengganu ingin melihat usahawan bumiputera di negeri ini menyertai semua bidang yang ada dan dalam masa yang sama juga kerajaan negeri ingin melahirkan usahawan yang berkualiti dan boleh menyumbang kepada pembangunan negeri ini, katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan usahawan bumiputera di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) Terengganu Azmi Razik.

Mohamed juga berkata kerajaan negeri menyediakan RM50,000 bagi bantuan kepada peniaga-peniaga yang baru muncul di setiap dewan undangan negeri.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s