Payang Walk Dibuka 6 Oktober Ini

KUALA TERENGGANU, 15 Ogos (Bernama) — Fasa pertama ‘Payang Walk’ yang bakal menjadi daya tarikan baharu pelancong di Terengganu akan dibuka kepada umum pada 6 Okt ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Abdul Rahin Said berkata laluan dari Pejabat Pos Besar hingga ke kawasan letak kenderaan di Pasar Payang itu akan ditutup kepada kenderaan dari 5 petang hingga 12 tengah malam pada setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad.

“Pelbagai acara kebudayaan dari setiap daerah serta pameran pencapaian dan peristiwa menarik di Terengganu akan dipapar kepada pengunjung di Payang Walk ini,” katanya kepada pemberita, di sini Rabu.

Katanya peristiwa seperti kejayaan Terengganu pada Sukan Malaysia baru-baru ini akan dipaparkan dahulu, selain Monsoon Cup dan World Endurance Challenge.

Abdul Rahin berkata lokasi Payang Walk sangat strategi kerana terletak di tengah-tengah kawasan tumpuan pelancong di Pulau Warisan, Denai Warisan di Kampung Losong, Muzium Negeri, Taman Tamadun Islam dan Pulau Duyung.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s