Piala Malaysia: Terengganu Tetap Optimis Tanpa Pemain Pinjaman

KUALA TERENGGANU, 15 Ogos (Bernama) — Terengganu tetap optimis mampu bersaing dalam kempen Piala Malaysia musim ini walaupun tanpa meminjam pemain dari pasukan lain.

Ketua jurulatihnya, Peter James Butler berkata beliau yakin Terengganu mampu mengharungi kejohanan dengan pemain sedia ada yang bermain dalam kejohanan Piala FA dan Liga Super.

Sebaliknya beliau merasakan pemain muda daripada pasukan Piala Presiden Terengganu wajar diberi peluang.

“Pemain muda inilah merupakan pelapis sebenar pasukan pada masa akan datang dan mereka amat penting kepada pasukan apatah lagi apabila kita terpaksa mengharungi perlawanan yang padat dengan hanya berselang setiap tiga hari,” katanya.

Untuk musim ini, enam pemain muda telah diserapkan bersama skuad Terengganu iaitu Mohd Kahirul Rosmadi (pertahanan), Mohd Humaidi Adzmi (pertahanan), Mohd Takhiyuddin Roslan (tengah), Mohd Fahmi Izuddin Mohd Zaki (tengah), Wan Muhammad Fridaus Wan Demi (penyerang) dan Muhammad Fakhrurazi Musa (penyerang).

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s