Polis Terengganu Tingkat Kawalan Di Kedai Emas Dan Institusi Kewangan

KUALA TERENGGANU, 15 Ogos (Bernama) — Polis Terengganu akan mempertingkat kawalan dan keselamatan di kedai-kedai emas, institusi kewangan dan kedai pajak gadai di negeri itu sepanjang perayaan ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP K. Manoharan berkata pihaknya akan tingkatkan rondaan kawalan dan keselamatan bermula Jumaat ini.

Katanya selain kedai emas dan institusi kewangan, polis juga akan meronda di tempat terdapat mesin pengeluaran automatik (ATM) dan syarikat pengurup wang.

“Kita akan jalankan rondaan di tempat-tempat berkenaan dengan lebih kerap bagi mengelakkan kes kecurian mahupun rompakan di kedai emas pada musim perayaan berulang,” katanya kepada pemberita di sini Rabu.

Sementara itu beliau turut mengingatkan orang ramai yang pulang ke kampung untuk berhari raya supaya memaklumkannya kepada pihak polis bagi memudahkan anggota keselamatan membuat rondaan di sekitar kediaman mereka.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s