Warga Emas Terharu Terima Sumbangan Makanan, Wang Tunai Sambut Aidilfitri

KUALA TERENGGANU, 15 Ogos (Bernama) — Beberapa warga emas ceria apabila mendapat sumbangan makanan dan wang tunai daripada Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) dalam satu program masuk kampung yang dijalankan di Kampung Gelong Bilal, di sini Rabu.

Sambil melahirkan rasa syukur, kebanyakan mereka sangat gembira apabila kunjungan itu diketuai Pegawai Pembangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Ladang, Datuk Wan Hisham Wan Salleh bersama pergerakan Wanita Umno dan kakitangan Jasa.

Seorang penerima, Osman Yusof, 87, yang sudah tiga tahun terlantar sakit menyatakan rasa kesyukurannya kerana ada pihak masih mengambil berat dan prihatin terhadap kehidupannya.

Beliau yang mempunyai 12 orang anak juga bersyukur kerana menerima wang zakat sebanyak RM200 sebulan yang digunakan untuk membeli barang keperluan.

“Terima kasihlah kepada Datuk (Wan Hisham) dan Jasa yang sudi melawat saya dan keluarga menjelang Aidilfitri ini,” katanya.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s