Bimbang hati ibu

Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli am@hmetro.com.my
pix_middle

KUALA TERENGGANU: “Jika diberi pilihan, biar anak-anak saya pergi dulu kerana jika saya dan suami menghadap llahi lebih awal, siapa yang boleh menjaga dan menyayangi mereka seperti kami lakukan,” kata Tuan Jamilah Tuan Besar, 52, ibu kepada lima anak yang mengalami masalah mental ketika ditemui di rumahnya di Kampung Raja Chendering, di sini, semalam.

Dikurniakan tujuh anak hasil perkahwinannya dengan Syed Mohd Yatim Tuan Ngah, 56, Jamilah bersama suaminya berdepan ujian besar apabila lima anaknya, Syarifah Nohaniza, 30, Syarifah Rohani, 28, Syed Nurul Amlu, 26, Syarifah Nia Zira, 24, dan Syed Mohd Akil, 20, menghidap penyakit mental sejak dilahirkan.

Meskipun dilihat sengsara dan sukar mengawal lima anaknya itu yang mempunyai karakter pelik dan ada ketikanya agresif, namun raut wajah Jamilah tidak sedikitpun menggambarkan rasa jemu dan putus asa menjaga anak istimewa itu.

Bagaimanapun, Jamilah mengakui bimbangkan nasib anak-anaknya jika dia dan suami terlebih dulu ‘dijemput’ Allah.

“Ke mana anak-anak saya itu hendak menumpang kasih jika saya dan suami pergi dulu kerana tingkah laku kelima-lima anak saya ini, kadangkala sukar dikawal selain masing-masing mempunyai tabiat pelik.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s