Pasar Tani Catat Jualan RM15 Juta Dalam Tempoh Tujuh Bulan

KUALA TERENGGANU, 16 Ogos (Bernama) — Pasar Tani kendalian Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) Terengganu mencatatkan jualan bernilai RM15 juta di negeri itu antara Januari dan Julai lepas.

Pengarah Fama negeri Hasan Jusoh berkata daripada jumlah itu sebanyak RM5.5 juta dikumpul dari empat buah pasar tani di daerah Kuala Terengganu.

Empat pasar tani itu ialah pasar tani Padang Hiliran, yang mengumpul jualan sebanyak RM4 juta, Permin Jaya (RM1.1 juta), Jalan Budiman (RM198,527) dan Dataran Taman Purnama (RM50,750), katanya.

Bercakap kepada pemberita selepas program majlis pelancaran pasar tani khas Aidilfitri peringkat negeri Terengganu 2012 & penyerahan motosikal roda tiga Fama di sini, Hasan berkata jumlah usahawan yang terlibat dalam perniagaan di pasar tani seramai 789 orang, termasuk 166 di Kuala Terengganu.

Terengganu kini mempunyai 16 pasar tani, dengan masing-masing empat di Kuala Terengganu, Besut (6), Hulu Terengganu (3), Kemaman (2) dan sebuah di Marang.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s