Pengayuh Beca Di Terengganu Bersyukur Dapat Dana Raya

KUALA TERENGGANU, 16 Ogos (Bernama) — Beberapa pengayuh beca di sekitar bandaraya ini mengucapkan syukur dan berterima kasih kepada kerajaan negeri yang prihatin dengan nasib mereka dengan memberikan sumbangan dana hari raya.

Abdul Jalil Abu Bakar, 53, yang berasal dari Kampung Ladang berkata sedikit sebanyak wang itu boleh menampung perbelanjaan hari raya keluarganya.

“Saya ada dua orang anak perempuan, salah seorang daripadanya adalah Orang Kurang Upaya,” katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian dana itu kepada 72 pengayuh beca oleh Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Said di Dataran Shah Bandar di sini. Masing-masing menerima RM300.

Katanya pemberian sumbangan kerajaan sempena hari raya itu menggambarkan bahawa kerajaan begitu perihatin kepada rakyat khususnya pengayuh beca yang berpendapatan tidak seberapa.

Abdul Jalil berkata setiap kali menjelang hari raya perasaannya akan menjadi sayu memandangkan pendapatannya tidak seberapa untuk membeli atau menyediakan persiapan raya untuk keluarganya.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s