Loji rawatan air RM390j di Kuala Nerus

KUALA TERENGGANU 17 Ogos Utusan – Syarikat Air Terengganu Sdn. Bhd. (Satu) akan membina sebuah lagi loji rawatan air di kawasan Kuala Nerus yang dianggarkan menelan belanja RM390 juta.

Ketua Pegawai Eksekutif Satu syarikat itu, Husain Embong berkata, loji itu dijangka beroperasi pada 2016 bagi menampung keperluan yang makin bertambah ekoran kepesatan penduduk.

‘‘Loji sedia ada iaitu Loji Air Kepung 1 dan Loji Air Kepong 11 serta Loji Air Losong tidak lagi mampu menampung keperluan bagi memproses air untuk tempoh lima tahun akan datang,” ujarnya.

Katanya, ketika ini loji-loji berkenaan membekalkan air di kawasan Kuala Terengganu, Marang dan sebahagian Kuala Terengganu Utara (Kuala Nerus) yang kini mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi.

‘‘Loji baru itu dijangka dimulakan pembinaannya pada tahun depan dengan reka bentuk kapasiti sehingga 226 juta liter air sehari dan mampu dimanfaatkan kira-kira 200,000 orang,’’ katanya kepada pemberita di sini semalam.

Beliau berkata, persediaan itu selaras dengan langkah kerajaan negeri untuk menjadikan Kuala Nerus satu daerah baharu tidak lama lagi.

‘‘Sudah tentu pembangunan di situ akan lebih pesat dan penduduknya makin bertambah dalam tempoh yang singkat,’’ ujarnya.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kerajaan & Pentadbiran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s