Permintaan puyuh meningkat menjelang perayaan

KUALA TERENGGANU 17 Ogos Utusan- Lazimnya, daging lembu dan ayam sering menjadi tumpuan utama sebagai hidangan di pagi hari raya namun bagi mereka yang inginkan kelainan, menu burung puyuh pastinya bakal memikat tetamu.

Bagi satu-satunya pembekal haiwan itu di daerah ini, sudah pasti tidak menang tangan untuk menyediakan bekalan daging puyuh segar terutamanya menjelang Aidilfitri yang bakal disambut Ahad ini.

Zulkifli Mamat, 47, yang baru berkecimpung dalam menternak dan menjual burung puyuh proses sejak tiga tahun lalu mengakui, permintaan terhadap haiwan kecil itu meningkat dengan mendadak walhal bekalan amat terhad.

Ujarnya yang mengusahakan perniagaan itu di atas tanah seluas 0.2 hektar di belakang rumahnya di Kampung Seberang Baruh, Parit Tali Air, dekat sini, peningkatan terhadap permintaan haiwan itu amat tinggi sehingga tidak mencukupi walaupun pengeluaran dibuat dua kali ganda.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s