Rezeki bermusim buat keluarga Wan Hassan

SETIU 17 Ogos Utusan – Setiap kali ketibaan Ramadan dan Aidilfitri, ia memberikan limpahan rezeki buat seorang kontraktor kecil, Wan Hassan Wan Othman, 48, di Kampung Beris Tok ku dekat sini.

Namun usaha yang dibantu isterinya, Roslina Mohd. Jusoh, 43, dan anggota keluarga tiada kaitan dengan tender dan projek, tetapi memenuhi tempahan sate ayam daripada orang ramai terutama untuk juadah raya.

Perniagaan secara serius pada musim-musim perayaan itu dimulakan sejak 12 tahun lalu dan lazimnya tempahan yang sanggup diterima sepanjang bulan Ramadan mencecah 60,000 cucuk sate.

Menurutnya, apabila tiba musim perayaan pelanggan akan datang menempah sate di rumahnya dengan jumlah bilangan sate antara 500 cucuk hingga 2,000 cucuk setiap seorang dengan harga 50 sen sebatang.

”Tempahan 40,000 batang itu adalah untuk kegunaan sambutan hari raya pertama hingga ketiga di rumah masing-masing manakala 20,000 batang lagi ditempah kebiasaannya untuk majlis-majlis sambutan hari raya,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s