Rindu air tangan ibu

Oleh Ahmad Rabiul Zulkifli am@hmetro.com.my

MARANG: “Nasi himpit dan kurma ayam yang dimasak ibu pada pagi raya sehingga kini tiada tandingannya dan saya merindui masakannya itu,” kata Engku Kamri Adha Che Ku Mustafa, 13, anak keempat mangsa maut nahas jalan raya, Mimi Noraini Abd Rani, 47, di Jalan Semambu, Kuantan dua tahun lalu.

Menurutnya, setiap kali menjelang Aidilfitri, dia dan adik-beradiknya, Engku Nor Fasihah Che Ku Mustafa, 17, Engku Fahmi, 16, dan Engku Karman Adha, 10, terasa amat rindu pada ibu dan adik bongsunya, Engku Nor Faizatul, 8, yang koma akibat terbabit sama dalam kemalangan pada 5 Julai 2010 sebelum meninggal dunia 11 bulan kemudian ketika menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu.

“Kebiasaannya setiap kali menjelang Aidilfitri, kami lima beradik membantu ibu membuat persiapan raya tetapi selepas pemergian mereka, semua itu kini hanya tinggal kenangan,” katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Pulau Manis, Serada, di sini, semalam. Engku Nor Fasihah pula berkata, sebagai anak sulung dia paling rapat dengan arwah ibunya kerana banyak membantu menguruskan rumah dan adik-adiknya.

“Pemergian ibu memberi kesan besar kepada diri saya. Rasa rindu pada ibu membuak-buak setiap kali menjelang Aidilfitri dan hanya gambarnya menjadi tempat saya mengubat rindu.

“Engku Nor Faizatul juga selalu bermanja dengan saya menyebabkan sering teringatkannya setiap kali terpandang baju dan barang milik arwah yang masih disimpan di rumah.

“Bagi kami sekeluarga, kedatangan 1 Syawal tidak membawa apa-apa makna selain kesedihan atas pemergian dua insan yang sangat kami sayangi itu,” katanya.

Sementara itu, bapanya, Che Ku Mustafa Che Ku Muda, 49, berkata dia reda dengan pemergian isteri dan anak bongsunya itu serta berharap roh kedua-duanya ditempatkan di kalangan orang beriman.

“Pemergian mereka ketentuan Allah dan walaupun pahit, saya reda apaberlaku.

“Persiapan hari raya tahun ini cukup sekadar membelikan baju baru untuk anak-anak bagi menggembirakan mereka dan kami menziarahi pusara isteri dan anak bongsu di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Manis di pagi 1 Syawal,” katanya.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s