Sayu sambut Aidilfitri

KUALA TERENGGANU Metro: “Saya langsung tiada hati hendak beraya kerana dalam keadaan tiada kaki kanan selain dihimpit kemiskinan, bagaimana saya hendak bergembira menyambutnya.

“Makan minum pun saya harapkan bantuan orang, inikan pula hendak membeli baju raya,” kata Boto Ismail, 74, ketika ditemui pada Program Prihatin Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Terengganu di rumahnya di Kampung Jeram Hilir, Tepoh, kelmarin.

Pada program itu, Penolong Pegawai Takbir JPAM Terengganu, Amizan Awang yang mewakili jabatannya menyerahkan hamper barangan dapur kepada warga emas terbabit.

Boto berkata, kakinya dipotong dua tahun lalu akibat penyakit kencing manis dan kehidupannya bersama suami, Mezah Mamat, 75, dibelenggu kemiskinan kerana kedua-duanya tidak berupaya bekerja lagi.

“Bagi orang lain, Aidilfitri hari untuk bergembira bersama anak dan saudara-mara serta berpakaian baru selain menjamu hidangan enak, tetapi bagi kami, ia tiada beza dengan hari biasa, malah kami lebih sedih mengenangkan nasib diri.

“Setiap tahun menjelang 1 Syawal, saya dan suami sayu mengenangkan kehidupan selain terkenangkan anak tunggal yang menghilangkan diri di Kuantan selepas berpisah dengan suaminya beberapa tahun lalu dan tidak pulang menjenguk kami,” katanya.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s