Guru, anak cedera dibelasah

KUALA TERENGGANU 22 Ogos Utusan- Gara-gara menunjukkan isyarat lucah, seorang guru dan anak lelakinya cedera akibat dibelasah sekumpulan lelaki di Jalan Sultan Mahmud di pusat bandar raya ini tengah malam tadi.

Kejadian pukul 12.30 tengah malam itu dipercayai berpunca ekoran rasa tidak puas hati kumpulan tersebut terhadap anak mangsa yang menunjukkan isyarat lucah ke arah mereka.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, pengadu dan keluarganya semasa kejadian dipercayai dalam perjalanan dari Cendering menuju ke pusat bandar raya.

“Turut berada dalam kereta mereka ketika itu ialah isteri mangsa serta dua lagi anak lelaki mereka yang berusia 16 hingga 20 tahun,” katanya ketika ditemui di pejabatnya di sini hari ini.

Manoharan berkata, suspek dipercayai terdiri daripada lima lelaki yang kesemuanya berusia 28 tahun itu kemudian mengekori kereta mangsa sambil menghubungi rakannya yang lain untuk mendapatkan bantuan.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Jenayah & Mahkamah, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s