Jurunikah masuk wad, ijab kabul di hospital

SAMBIL menerima bantuan pernafasan, Harun Nuh (kiri) mengijabkabulkan Fariz Marwan Abdul Rahman dan Nurul Adina Khalid di Hospital Pakar Kuala Terengganu, semalam.

KUALA TERENGGANU 24 Ogos – Selama 30 tahun seorang jurunikah berpengalaman, Harun Nuh, 85, mengendalikan majlis pernikahan sama ada di surau, masjid atau rumah pasangan pengantin.

Namun kali ini, senarionya berbeza apabila beliau melalui pengalaman baru melangsungkan majlis akad nikah pasangan Faris Marwan Abdul Rahman, 22, dan Nurul Adina Khalid, 25, di bilik Fisioterapi Hospital Pakar Kuala Terengganu (KTS) di sini petang ini.

Ini disebabkan jurunikah yang berasal dari Kampung Bukit Tunggal itu terpaksa dimasukkan ke wad berkenaan kira-kira pukul 12 tengah malam tadi kerana mengalami asma.

Ketika ditemui, Harun mengakui pengalaman menikahkan pasangan pengantin di hospital tidak akan dilupakan sepanjang hayatnya.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s