Pasar Besar Kedai Payang Kembali Menjadi Tumpuan Orang Ramai

KUALA TERENGGANU, 24 Ogos (Bernama) — Pasar Besar Kedai Payang di sini kembali menjadi tumpuan orang ramai mulai Hari Raya ketiga setelah agak sepi sepanjang Ramadan lalu.

Tinjauan Bernama mendapati pasar dua tingkat itu mulai sesak dengan orang ramai dari seluruh negara yang rata-ratanya bercuti ke Terengganu sempena Aldilfitri.

Seorang peniaga batik, sutera dan songket, Ahmad Tarmizi Mohammad, 35, berkata senario itu adalah perkara biasa kerana ramai pengunjung mengambil kesempatan berkunjung ke pasar itu selain melawat sanak saudara di kampung halaman sekitar Terengganu.

“Biasanya, mereka terus membeli kain sutera atau batik yang diinginkan sebagai persiapan untuk Aidiladha. Tambahan pula ramai wanita ingin membeli kain sutera untuk menghadiri kenduri perkahwinan pada Disember.

“Ada juga yang datang untuk membeli kain sutera secara borong setelah ditempah oleh rakan sepejabat untuk mendapatkan sedikit potongan harga,” katanya ketika ditemui Bernama di sini, pada Jumaat.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s