Pinjaman YPKT Beri Peluang Peserta Tingkatkan Pendapatan

KUALA TERENGGANU, 24 Ogos (Bernama) — Peserta Program Jaya Diri Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) bersyukur kerana dapat keluar daripada kepompong kemiskinan sekali gus menjalani kehidupan yang lebih selesa, hasil modal pinjaman yayasan berkenaan.

Bagi seorang ibu tunggal, Zalina Zakaria, 44, beliau kini mampu menanggung dan membesarkan empat anaknya apabila perniagaan jagung yang diusahakan sejak lima tahun lalu berjaya.

Zalina dari Kampung Pasir Putih, Marang dekat sini, menerima pinjaman modal RM3,000 pada 2006 untuk membeli jagung bagi memulakan perniagaannya.

“Sejak itu, saya tidak menoleh ke belakang, sebaliknya terus fokus terhadap perniagaan kerana saya yakin saya mampu berdikari untuk membesarkan anak-anak saya,” katanya kepada Bernama di sini sambil menambah pendapatan beliau kini RM1,500 sebulan.

Zalina berkata pinjaman modal pusingan kedua RM8,000 diperoleh pada 2008 membolehkan beliau mempelbagaikan produk jagung dengan idea terbaharu air jagung asli yang diperkenalkan, setahun lalu.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s