Wartawan hilang dalam hutan

DUNGUN Metro: Seorang wartawan sambilan sebuah syarikat pengiklanan di Selangor dilaporkan hilang selepas dia memasuki kawasan hutan di Kampung Pasir Raja, di sini, sejak 17 Ogos lalu.

Mangsa yang dikenali sebagai Sarry Nian berusia 50-an dilaporkan hilang selepas rakan setugas di syarikatnya mendapati mangsa tidak pulang sejak memasuki hutan berkenaan sebelum membuat laporan mengenai kehilangannya di Balai Polis Seksyen 8, Subang Jaya, kelmarin.

Mangsa yang gemar memasuki kawasan hutan di seluruh negara ini dikatakan pernah beberapa kali datang ke kawasan Pasir Raja untuk merakam keindahan air terjun di kawasan itu.

Sebelum kejadian, dia dikatakan memasuki kawasan air terjun Jeram Berdebu di Kampung Pasir Raja jam 10 pagi pada 17 Ogos lalu dengan memandu kenderaan pacuan empat roda.

Bagaimanapun, mangsa dikatakan tidak pulang dan gagal dihubungi rakannya selepas beberapa hari sebelum rakannya itu membuat laporan polis.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan pihaknya menerima laporan dari Balai Polis Subang Jaya sebelum melancarkan gerakan mencari mangsa di kawasan itu.

Menurutnya, sepasukan anggota Balai Polis Kuala Jengai dengan dibantu 30 anggota bomba dan Jabatan Pertahanan Awam bersama penduduk kampung melancarkan gerakan mencari.

“Gerakan mencari mangsa membabitkan penggunaan lima kenderaan pacuan empat roda dan pasukan mencari terpaksa meredah hutan serta belukar itu, 30 kilometer dari Balai Polis Kuala Jengai,” katanya.

Dahlan berkata, gerakan mencari mangsa bagaimanapun terpaksa dihentikan jam 3 petang semalam berikutan hujan lebat sebelum disambung semula pada sebelah malam.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s