Yunus Marahkan Marco Tulio Kerana Tidak Profesional

KUALA TERENGGANU, 23 Ogos (Bernama) — Jurulatih T-Team, Yunus Alif menyalahkan pemain asing pasukan itu, Marco Tulio Lopes Silva, kerana tidak profesional ketika bermain bersama pasukannya melawan Pahang di Stadium Darul Makmur, Kuantan, Rabu malam.

Yunus berkata pemain import dari Brazil itu diarah keluar padang oleh pengadil dan pasukan T-Team bukan sahaja terpaksa bermain dalam masa 25 minit terakhir dengan 10 pemain yang berkesudahan tewas 2-3 kepada pasukan lawan.

“Dia tidak menunjukkan sikap profesional yang diharapkan. Tindakannya menerjah kasar ke atas penjaga gol Pahang memang tidak seharusnya terjadi. Malu melihat pemain berkenaan diperintah keluar padang,” katanya kepada Bernama di sini Khamis.

T-Team akan berdepan Sarawak Sabtu ini sebelum bertemu Selangor.

Bagaimanapun, Yunus gembira dengan prestasi tiga pemain pasukannya bagi Piala Malaysia, iaitu Sumerdi Hajalan dan Sharul Azhar Ture dari Sabah dan pemain polis, Fauzi Majid.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s