Yunus Tuntut Pemain Beri Yang Terbaik Menentang Sarawak Di Laman Sendiri

KUALA TERENGGANU, 24 Ogos (Bernama) — Pengendali T-Team, Yunus Alif menuntut anak buahnya memberikan yang terbaik ketika bertemu Sarawak di laman sendiri malam esok, bagi mencerahkan peluang ke suku akhir Piala Malaysia.

Katanya perlawanan malam esok adalah peluang terbaik T-Team menebus kekalahan pada pertemuan pertama dengan Pahang, dalam saingan kumpulan D kelmarin.

Beliau yang ditemui Bernama di sini Jumaat, juga tidak mahu anak buahnya mengambil mudah skuad Bujang Senang itu yang membuat kejutan menewaskan Selangor 2-1 pada satu lagi perlawanan kelmarin.

Katanya sekalipun T-Team kehilangan pemain tengah Marco Tulis Lopes Silva yang digantung permainan, skuad itu akan diperkukuhkan dengan kehadiran Fauzan Majid yang dipinjam daripada pasukan Polis Diraja Malaysia.

“Kita juga mungkin akan turunkan pemain berpengalaman yang juga ketua pasukan Rosdi Talib yang direhatkan ketika T-Team bertemu Pahang di Kuantan Rabu lepas,” katanya.

Selain itu, bagi memperkukuhkan barisan depan, beliau akan menurunkan pemain penyerang Fazli Saari bagi menembusi kubu lawan.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s