Sanding atas treler

MERIAH... pengantin Che Hasnan dan Ummi Hamizah bersanding dan berarak mengeliling Kampung Telari, Manir dengan menaiki lori 20 tayar.
MERIAH… pengantin Che Hasnan dan Ummi Hamizah bersanding dan berarak mengeliling Kampung Telari, Manir dengan menaiki lori 20 tayar.

KUALA TERENGGANU Metro: Mencari kelainan di majlis perkahwinan adalah perkara yang sentiasa diimpikan setiap pasangan. Ia bagi menjadikan majlis itu sebagai kenangan terindah buat pasangan raja sehari.

Bagi Che Hasnan Che Mat, 25, dan Ummi Hamizah Mohamad, 24, pasangan itu memilih untuk berarak, bersanding dan tepung tawar di atas lori treler di Kampung Telari, di sini, semalam.
Pasangan pengantin terbabit memilih bersanding di atas treler sambil dibawa berarak sejauh enam kilometer dari rumah pengantin lelaki di Kampung Telari hingga ke rumah pengantin perempuan di Kampung Kebur Air.

Che Hamizan berkata, idea untuk bersanding di atas treler tercetus daripada inspirasi perniagaan bapanya, Che Mat Salleh, 48, yang menjalankan perusahaan treler dan peralatan pengantin sejak tiga tahun lalu.
“Melihat pada perniagaan treler bapa membuatkan saya terfikir untuk menjalankan majlis perkahwinan di atas treler kerana bukan saja dapat memberi kelainan pada majlis perkahwinan saya, malah tidak perlu mengeluarkan kos tinggi untuk menyewa treler.

“Saya gembira dengan persandingan di atas treler dan bersyukur majlis berjalan lancar. Walaupun cuaca panas, kami tidak kisah berarak menaiki treler untuk mengambil isteri di rumah pengantin perempuan,” katanya yang memegang jawatan penolong pengurus perusahaan treler terbabit.

Lebih memeriahkan majlis itu apabila pengantin dan tetamu dihiburkan dengan persembahan silat, alunan kompang dan muzik tradisional mengiringi perarakan itu di sepanjang jalan, membuatkan penduduk kampung tidak lekang memandang pasangan pengantin itu.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s