Peniaga ditembak ketika main dam

MAT KEYA maut selepas ditembak dari jarak dekat ketika bermain dam di kedai makan miliknya di Bukit Cempedak, Marang kelmarin.

 

MARANG – Seorang peniaga yang leka bermain dam di depan kedai bersama seorang rakannya mati ditembak di Kampung Bukit Cempedak di sini kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner K.Manoharan berkata, kejadian berlaku pada 11.30 malam ketika mangsa, Mat Keya Jusoh, 54, bermain dam dengan seorang rakan baiknya yang berusia 51 tahun di depan rumah kedai miliknya.

“Ketika itu, datang sebuah kereta jenis Perodua Viva yang dinaiki tiga lelaki yang mencari lelaki bernama Pok Mat sebelum mereka kemudian meminta untuk membeli minuman.

“Bagaimanapun, belum sempat mangsa mengambil minuman salah seorang suspek terus melepaskan dua das tembakan dari dalam kereta yang jaraknya hanya tiga meter sehingga mangsa rebah dan ketiga-tiga suspek melarikan diri,” kata beliau kepada pemberita hari ini.

Menurut beliau, tembakan itu mengenai rusuk belakang sebelah kanan dan rusuk depan sebelah kiri mangsa.

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Jenayah & Mahkamah, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s