Jumlah Kemalangan Sepanjang Ops Selamat Di Terengganu Menurun

KUALA TERENGGANU, 30 Ogos (Bernama) — Terengganu muncul negeri kedua terbaik selepas Sabah apabila berjaya menurunkan kadar kemalangan sebanyak 26 kes sepanjang Ops Selamat 2012 dari 12 hingga 26 Ogos lalu.

Ketua Polis negeri, Datuk Jamshah Mustapa berkata sepanjang Ops Selamat itu, pihaknya hanya merekodkan 679 kes kemalangan dan mencatat sembilan kes kemalangan maut dan kematian berbanding tahun lalu, sebanyak 705 kes kemalangan dan 15 kemalangan maut serta 16 kematian.

“Kali ini, kita berjaya menurunkan sebanyak 26 kes kemalangan di negeri ini yang pasti kesedaran pengguna jalan raya serta pelbagai kempen yang telah dibuat memperlihatkan jumlah kes kemalangan berjaya diturunkan,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supt Roslan Abd Wahid yang akan bertukar ke Perak.

Jamshah berkata lazimnya semasa musim perayaan sebelum ini, negeri ini pasti menghadapi kesesakan teruk seperti di Kuala Terengganu, Kemaman dan Besut.

“Namun tahun ini kita berbangga apabila berjaya mengatasi masalah dengan mewujudkan beberapa jalan alternatif untuk mengurangkan kesesakan,” katanya.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s