Kedai Emas Di Kuala Besut Kerugian RM250,000 Setelah Dipecah Masuk Pencuri

BESUT, 30 Ogos (Bernama) — Pencuri memecah masuk sebuah kedai emas di Jalan Semerak, Kuala Besut dan melarikan barangan kemas dianggarkan bernilai RM250,000 semalam.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Kamaruddin Zakaria berkata kedai emas itu disedari dipecah masuk pada pukul 7.15 pagi semalam.

“Seorang jiran perniagaan kedai emas itu yang kebetulan mahu memulakan perniagaan ternampak pintu belakang kedai berkenaan ditebuk dan terus memaklumkan kepada anak tuan punya kedai itu,” katanya kepada Bernama di sini, Khamis.

Beliau berkata polis percaya kejadian pecah masuk itu berlaku antara 9 malam Selasa dan awal pagi Rabu dan modus operandi mungkin dijalankan oleh sekumpulan pencuri.

“Hasil pemeriksaan lanjut mendapati sekeping daripada tingkap bahagian dapur kedai berkenaan turut ditanggalkan dan peti besi yang mengandungi barang kemas di dalam kedai tersebut turut ditebuk oleh suspek,” katanya.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Jenayah & Mahkamah. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s