Remaja OKU Dan Kanak-kanak Nyaris Maut Dalam Kebakaran Di Kemaman

KEMAMAN, 30 Ogos (Bernama) — Seorang remaja perempuan kurang upaya (OKU) bersama seorang kanak-kanak berusia empat tahun nyaris maut setelah kediaman mereka di Kampung Fikri di sini dijilat api dalam kejadian pagi Khamis.

Remaja berusia 19 tahun dan kanak-kanak tersebut tidak menyedari rumah mereka dijilat api ketika berehat dalam salah sebuah bilik rumah berkenaan pada kira-kira 11 pagi.

Namun seorang jiran yang menyedari kebakaran itu bergegas masuk ke rumah dan sempat menyelamatkan mereka.

Menurut pemilik rumah, Rohani Harun, 43, beliau panik bila melihat api marak dan mula merebak ke ruang tamu.

Beliau terus keluar dan meminta bantuan jiran-jirannya.

“Ketika kejadian, hanya mak cik bertiga berada di rumah manakala suami keluar ke pasar. Nasib baik ada jiran yang menyedari kejadian itu,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di tempat kejadian, hari ini.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s