Terengganu Hantar 30 Pelajar Ikuti Pengajian Di Universiti Jordan September Ini

KUALA TERENGGANU, 30 Ogos (Bernama) — Terengganu maju setapak lagi dalam bidang pendidikan setelah memeterai perjanjian persefahaman (MoU) dengan Universiti Sains dan Teknologi Jordan (JUST) bagi penghantaran 30 orang pelajar melanjutkan pelajaran ke negara berkenaan.

Daripada jumlah itu seramai 20 pelajar akan menyambung pengajian selama lima tahun di peringkat ijazah perubatan manakala 10 lagi dalam bidang pergigian mulai September ini.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said berkata MoU itu selari dengan sasaran untuk menghantar 100 pelajar mengikuti bidang perubatan di luar negara.

“Kita berharap lebih ramai pelajar akan dapat dihantar ke Jordan untuk menyambung pengajian dalam bidang perubatan dan pergigian,” katanya kepada pemberita selepas menyaksikan majlis menandatangani MoU di antara Yayasan Terengganu (YT) dan JUST di Stadium Tertutup Gong Badak, di sini pada Khamis.

Katanya, Terengganu sebelum ini menghantar pelajar perubatannya ke Mesir dan memandangkan keadaan di negara itu tidak stabil, alternatif lain terpaksa dicari.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Pendidikan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s