Epic Sasar Untung Bersih RM100 Juta Menjelang Akhir Tahun Ini

KEMAMAN, 4 Sept (Bernama) — Eastern Pacific Industrial Corporation Berhad (Epic), syarikat milik kerajaan negeri Terengganu yang menyediakan kemudahan logistik, menetapkan sasaran keuntungan bersih RM90 juta hingga RM100 juta menjelang akhir tahun ini.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said berkata Epic yakin dapat mencapai sasaran itu kerana telah memperolehi untung bersih RM53 juta dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

“Pada tahun lepas, Epic hanya memperolehi keuntungan bersih RM69.6 juta dan sejak kerajaan negeri mengambil alih Epic Januari lalu, operasi perniagaan Epic sebagai pembekal perkhidmatan logistik semakin berkembang dengan pesat,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis sambutan Hari Raya Epic di sini Selasa.

Epic beroperasi di kawasan perindustrian Teluk Kalong di sini dan ditubuhkan pada 17 Jan, 1981 dan bertukar menjadi sebuah syarikat awam sembilan tahun kemudiannya.

Ia tersenarai dalam pasaran Bursa Saham Securities dengan perniagaan melibatkan industri minyak dan gas, perkhidmatan pelabuhan dan lain-lain perkhidmatan.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Ekonomi & Keusahawanan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s