Mara Tanggung Belanja Bawa Pulang Jenazah Pelajar Perubatan Di Moscow

KUALA TERENGGANU, 4 Sept (Bernama) — Segala perbelanjaan membawa pulang jenazah pelajar perubatan Hanisah Muhd Shah yang maut dalam kemalangan jalan raya di Russia, Ahad lepas akan ditanggung oleh Mara.

Mengesahkan demikian, Pengarah Mara negeri, Abdullah Muhamad berkata jenazah pelajar Akademi Perubatan Negeri Nizhny Novgorod itu dijadual tiba di tanah air pada Jumaat.

Hanisah yang berasal dari Kampung Gong Pasir, Dungun, bersama seorang lagi rakannya, Adzreen Binyati terbunuh manakala lima rakan mereka dari universiti itu cedera dalam kemalangan melibatkan dua buah bas di wilayah Vladimirskaya dekat Moscow pada pukul 11 malam waktu tempatan (3 pagi waktu Malaysia).

Hanisah, pelajar tajaan Mara itu meninggal dunia di tempat kejadian manakala Adzreen, pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dari Putrajaya meninggal dunia dalam perjalanan ke hospital.

“Bagi pihak Mara, kami mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa dan meminta mereka bersabar di atas ujian Allah itu,” katanya kepada pemberita di sini pada Selasa.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s