MKN Terengganu Sedia Hadapi Banjir Tahun Ini

KUALA TERENGGANU, 4 Sept (Bernama) — Majlis Keselamatan Negeri (MKN) Terengganu sudah bersiap siaga menghadapi bencana banjir yang dijangka berlaku pada Oktober dan November nanti.

Setiausaha MKN Terengganu Tajul Ariffin Muhamad berkata hasil mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) 16 Ogos lalu, pihaknya berpuas hati dengan segala persediaan yang dirancang.

“Jabatan Pengairan dan Saliran memasang 25 siren amaran banjir di kawasan yang sering berlaku banjir iaitu lima di Besut, Setiu (enam), Kemaman (empat), Hulu Terengganu (lima), masing-masing dua di Dungun dan Marang, serta satu di Kuala Terengganu,” katanya kepada pemberita di majlis jamuan hari raya MKN di sini Selasa.

Selain itu, JPBN juga memasang empat kamera web di beberapa lokasi berisiko tinggi bagi tujuan memantau keadaan banjir di kawasan tersebut dan boleh ditonton pada waktu sebenar.

Empat lokasi tersebut ialah Kampung Gong Terap dan Sekolah Kebangsaan Kampung Buloh di Setiu, Jambatan Jertih dan Kampong La di Besut yang dikenal pasti sebagai kawasan paling teruk dilanda banjir.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kerajaan & Pentadbiran. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s