Pejabat Mara Terengganu Kini Beroperasi Di Bangunan YPU

KUALA TERENGGANU, 4 Sept (Bernama) — Pejabat Mara negeri Terengganu di hadapan Dataran Syahbandar di sini yang mengalami kebakaran beberapa hari lepas, kini beroperasi di bangunan Yayasan Pembangunan Usahawan (YPU) di Padang Hiliran buat sementara waktu.

Pengarah Mara negeri, Muhamad Abdullah berkata bangunan YPU dijadikan tempat operasi sementara sebelum pihak Mara berpindah ke bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk jangka masa panjang.

“Kita telah mula beroperasi di bangunan YPU mulai semalam dengan beberapa petugas,” katanya.

Muhamad berkata dalam kejadian 4 pagi itu, semua dokumen penting serta peralatan pejabat hangus dijilat api berpunca daripada kebakaran sebuah kedai makan yang sudah lama tidak beroperasi, bersebelahan dengan bangunan tersebut.

Beliau berkata mengikut taksiran pihak bomba, pihak Mara mengalami kerugian kira-kira RM2.5 juta.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s