Penduduk Bersyukur Dapat Miliki Rumah Sendiri

KEMAMAN, 3 Sept (Bernama) — Penduduk di kawasan yang dibangunkan Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) bersyukur kerana impian untuk memiliki rumah sendiri tercapai selepas lebih 20 tahun menanti.

Seramai 193 penduduk di sekitar Seri Bandi dekat sini Isnin menerima geran tanah yang disampaikan Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Said.

Seorang penerima, Shamsudin Husin, 58, berkata beliau mula menyewa rumah daripada Ketengah sejak 1982 dengan bayaran ansuran bulanan RM38.

“Saya membeli rumah tersebut dengan harga RM18,000 yang dilengkapi dua bilik, namun saya melakukan sedikit ubah suai dengan menambah empat bilik lagi serta membesarkan ruang dapur.

“Saya gembira kerana sudah memiliki aset sendiri dan bersyukur kerana pihak Ketengah telah melaksanakan tanggungjawab mereka dalam membantu penduduk di sini melalui konsep sewa-beli rumah kos rendah itu,” katanya kepada Bernama di sini Isnin.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kekeluargaan, Sosial & Masyarakat. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s