Penyokong Setia Penyu Mahu Masalah Diselesaikan Segera

KUALA TERENGGANU, 4 Sept (Bernama) — Muak dan bosan dengan prestasi hambar selain dihambat kontroversi, peminat setia skuad Terengganu mahu semua isu diselesaikan segera termasuk meminta Menteri Besar Terengganu campur tangan.

Mereka mahu Penyu kesayangan mereka kembali fokus kepada saingan Piala Malaysia yang masih pada peringkat awal kelayakan.

“Kami sayangkan pasukan Terengganu dan kami berharap isu berbangkit diselesaikan segera bagi mengembalikan keyakinan peminat,” kata seorang penyokong Zahidi Wahid, ketika ditemui Bernama sini.

Zahidi, 43, turut meluahkan rasa kesal kerana pasukan itu gagal memanfaatkan ramai pemain berbakat yang ada dan mereka hanya memanaskan bangku simpanan.

“Saya percaya mereka ini mampu memberikan aksi terbaik dan mempamerkan aksi yang kosisten dengan kemampuan serta kebolehan pemain kerana ada di antara pemain muda kita pernah mewakili negara,” katanya.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s