SPRM Siasat Dakwaan Terengganu Jual Permainan

KUALA TERENGGANU, 4 Sept (Bernama) — Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Selasa menyiasat dakwaan bahawa pemain Terengganu ‘menjual permainan’ semasa menentang Kedah dalam perlawanan Piala Malaysia di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini Sabtu lalu.

Kedua-dua pasukan seri 1-1 dalam perlawanan Kumpulan B itu.

Antara nama yang dipanggil untuk memberi keterangan ialah Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh dan penjaga gol utama Terengganu, Mohd Sharbinee Allawee Ramli.

Pengarah SPRM Terengganu, Md Yusoff Md Zain mengesahkan perkara itu dan menjelaskan bahawa selain dua individu tersebut, beberapa pegawai PBSNT dan pemain Terengganu lain turut dipanggil untuk memberi keterangan.

“Kita mula menjalankan siasatan hari ini, tetapi ia masih dalam peringkat siasatan awal dan kita telah membebaskan semua yang dipanggil itu selepas keterangan mereka diambil,” katanya kepada pemberita.

Jelasnya, kesemua yang dipanggil telah memberi kerjasama yang baik dan membolehkan pihak SPRM menjalankan siasatan dengan lancar.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s