Terengganu Tubuh Institut Khat

KUALA TERENGGANU, 4 Sept (Bernama) — Kerajaan Terengganu akan menubuhkan sebuah institut seni khat, dikenali Institut Kaligrafi Islam Antarabangsa Terengganu di Taman Tamadun Islam di sini.

Pengarah Urusan Taman Tamadun Islam Sdn Bhd (TTIMSB) Engku Md Azmi Engku Abd Rahman berkata operasi institut akan dikendalikan secara bersama oleh TTIMSB, Universiti Sultan Zainal Abidin dan Institut Quran Terengganu (IQT).

Majlis menandatangani perjanjian persefahaman akan diadakan pada 14 Sept ini sempena Festival Kesenian Islam Antarabangsa Terengganu (TIIF) 2012, katanya ketika dihubungi, di sini Selasa.

Beliau berkata penubuhan institut itu diharap dapat menyokong usaha kerajaan negeri untuk menjadikan Terengganu destinasi pelancongan berunsur Islam tersohor dunia.

Mengenai TIIF 2012, Engku Md Azmi yang juga Pengarahnya, berkata festival selama empat hari bermula 14 Sept itu akan diisi pelbagai program menarik termasuk pertandingan penulisan khat, pameran serta bengkel seni khat oleh penulis khat ternama dunia.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Islam, Warisan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s