Butler masih belum patah semangat

BUTLER yakin mampu membentuk skuad yang mantap bagi menghadapi kempen Liga M musim depan.

WALAUPUN berdepan dengan pelbagai kontroversi, ketua jurulatih Terengganu, Peter James Butler masih berharap dapat bersama skuad Penyu itu bagi mengharungi kempen Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Malah, jurulatih kelahiran England itu mengakui, beliau tidak sesekali patah semangat walaupun skuad kendaliannya sudah boleh mengucapkan selamat tinggal pada kempen Piala Malaysia musim ini.

Malam kelmarin, Terengganu tewas 0-2 kepada Angkatan Tentera Malaysia (ATM) di Stadium Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, sekali gus menyaksikan mereka menghuni tangga tercorot Kumpulan B dengan mengutip empat mata.

“Saya kecewa dengan masalah-masalah yang berlaku dan sepanjang kerjaya saya, saya tidak pernah mengalami masalah seperti ini,” kata Butler ketika ditemui pemberita kelmarin.

Bagaimanapun Butler berkata, beliau amat berterima kasih kepada Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said yang sentiasa memberi sokongan.

Jelas Butler, jika terus diberi kepercayaan membimbing Terengganu musim depan, beliau yakin dapat membina sebuah pasukan yang kembali disegani di pentas Liga M.

“Saya yakin mampu meletakkan Terengganu menjadi pasukan yang digeruni dan pemain yang menyarung jersi pasukan pasti bangga memakainya,” jelasnya.

Dalam pada itu, bekas jurulatih Terengganu, Mat Zan Mat Aris mendesak Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT) membayar tunggakan gajinya bermula Jun hingga penghujung tahun ini.

Difahamkan, Mat Zan yang disingkirkan pada April lalu telah melaporkan perkara tersebut kepada Jabatan Perhubungan Perusahaan di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Mat Zan berkata, jabatan itu akan menjadi ‘orang tengah’ antara beliau dan persatuan tersebut untuk berbincang mengenai tuntutannya.

“Saya rasa saya layak mendapatkan pampasan tersebut sebab kontrak saya dengan pasukan Terengganu sepatutnya berakhir pada November tahun depan,” katanya.

Mat Zan disingkirkan dari- pada membimbing Terengganu April ekoran prestasi kurang memberangsangkan sku- ad kendaliannya.

Ekoran rasa tidak puas hati selepas diminta untuk meletakkan jawatan, Mat Zan meminta PBSNT supaya memberikan pampasan dalam bentuk bayaran gaji sehingga penghujung tahun ini.

Bagaimanapun, PBSNT hanya bersetuju untuk memberikan pampasan dua bulan gaji.

“Saya nak selesaikan masalah ini sebelum berfikir untuk menjadi jurulatih pasukan lain dan saya harap PBSNT bersetuju dengan permintaan saya ini,” katanya.

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s