Enam Nelayan Nyaris Maut, Bot Karam Di Perairan Pelantar Minyak Dulang

KUALA TERENGGANU, 5 Sept (Bernama) — Enam nelayan tempatan nyaris maut apabila bot mereka karam selepas dilanggar sebuah bot, dipercayai nelayan asing, di perairan Pelantar Minyak Dulang, awal pagi Selasa.

Kejadian pada pukul 2 pagi itu membabitkan bot nelayan dari Tumpat, Kelantan yang dinaiki nelayan berusia antara 21 dan 58 tahun.

Ketua Penguatkuasa Daerah Maritim Kuala Terengganu Kapten Maritim G. Xavier Thevadas berkata pihaknya melancarkan operasi menyelamat sebaik menerima laporan mengenai kejadian itu pada pukul 9.30 pagi Selasa.

“Seorang nelayan dan seorang tekong bot itu diselamatkan bot Petronas Carigali Kerteh kira-kira 70 batu Nautika timur laut Kuala Terengganu pada pukul 11.15 pagi semalam manakala empat lagi diselamatkan oleh bot nelayan kira-kira sejam kemudian,” katanya dalam kenyataan, di sini, pada Rabu.

Beliau berkata empat nelayan itu dihantar pulang ke Tumpat, Kelantan oleh bot nelayan yang menyelamatkan mereka dan dua lagi nelayan itu diserah kepada Maritim Malaysia untuk dihantar pulang.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s