Naluri ibu jadi kenyataan

DUNGUN (metro): Naluri seorang ibu yang merasai anaknya terbabit kemalangan sebaik terdengar bunyi dentuman kuat menjadi kenyataan apabila remaja itu maut selepas motosikal ditungganginya bertembung dengan sebuah kereta tidak jauh dari rumah mereka di Kilometer 17, Jalan Kuala Jengal-Pasir Raja, Kampung Syukur, Hulu Dungun, di sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 3.40 petang, mangsa, Tengku Mohd Khairul Tengku Mohd Zainal Abidin, 15, disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di kepala ketika dalam perjalanan ke Klinik Kesihatan Al-Muktaffi Billah Shah (AMBS), di sini, untuk rawatan.

Ibu mangsa, Tengku Khobiah Tengku Jalil, 52, berkata, hatinya terdetik menyatakan anaknya terbabit kemalangan sebaik terdengar dentuman kuat tidak lama selepas arwah meninggalkan rumah menaiki motosikal.

“Ketika kejadian, saya menjahit pakaian dalam rumah dan terdengar bunyi enjin motosikal dihidupkan sebelum dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat.

“Hati saya ketika itu terdetik menyatakan anak terbabit kemalangan menyebabkan segera bangun dari kerusi dan meluru ke jalan besar dan mendapati arwah sudah terbaring di seberang jalan,” katanya ketika ditemui di Hospital Dungun, kelmarin.

Menurutnya, dia bergegas mendapatkan anaknya itu yang berlumuran darah.

“Ketika itu, arwah sudah tidak sedarkan diri dan saya menjerit meminta tolong sebelum seorang guru yang memandu kereta melalui jalan itu memberi bantuan dengan membawa anak ke klinik.

“Saya bersama seorang anak lain kemudian menaiki sebuah motosikal pergi ke klinik berkenaan terletak kira-kira 15 kilometer dari rumah, namun sebaik tiba dimaklumkan arwah sudah meninggal dunia,” katanya.

Tengku Khobiah berkata, arwah yang juga anak ketujuh daripada lapan beradik itu keluar rumah dipercayai untuk bertemu rakannya.

“Saya terkilan kerana tidak sempat menyediakan makanan tengah hari untuknya kerana baru pulang menghadiri kenduri kahwin dan perlu menyiapkan tempahan baju jiran,” katanya.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian itu

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kemalangan, Bencana & Petaka. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s