Program ‘Payang Walk’ Mampu Jadi Pemangkin Penting Tahun Melawat Terengganu 2013

KUALA TERENGGANU, 6 Sept (Bernama) — Program ‘Payang Walk’ yang dirancang diadakan antara Pusat Penerangan Pelancongan Terengganu dan Pasar Kedai Payang mampu menjadi pemangkin penting Tahun Melawat Terengganu 2013 (TMT 2013).

Pengerusi Persatuan Pelancongan Negeri Terengganu PPNT Wan Mohd Sofian Wan Ishak berkata Payang Walk adalah tempat berjalan kaki yang kiri kanannya mempunyai pertunjukan kebudayaan, jualan kraf, cendera hati dan laman seni menampilkan program seperti melukis dan nyanyian.

“Mengikut perancangan awal kerajaan negeri, Payang Walk akan dilancarkan sebelum TMT 2013 iaitu Oktober ini dan beroperasi tiga kali seminggu pada Jumaat, Sabtu dan Ahad bermula 6 petang hingga 12 tengah malam,” katanya kepada pemberita pada Majlis Hari Raya PPNT di sini, pada Khamis.

Wan Mohd Sofian berharap produk pelancongan baru itu diharap dapat menyelesaikan masalah pelancong yang datang ke negeri ini, tetapi tidak ada aktiviti pada waktu malam.

“Ini kerana semua kedai akan tutup selepas jam 6 petang, manakala pelancong yang berada di Terengganu, tidak ada apa-apa aktiviti pada waktu malam.

— BERNAMA

Advertisements

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Kerajaan & Pentadbiran, Permandangan, Pelancongan & Rekreasi. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s