Sepak Takraw Piala Menteri Besar Terengganu Ditunda Ke November

KUALA TERENGGANU, 6 Sept (Bernama) — Kejohanan Sepak Takraw Piala Menteri Besar Terengganu yang dijadual bermula Jumaat selama dua hari, ditunda ke November ini.

Presiden Persatuan Sepak Takraw Negeri Terengganu (PSTNT) Mohd Shapian Ali berkata keputusan itu berikutan tarikhnya terlalu dekat dengan Kejohanan Sepak Takraw Piala Presiden ke-4 yang dijadual dari 20 hingga 23 Sept ini di Kedah.

“Disebabkan tarikh terlalu dekat, kebanyakan pasukan luar memberi tumpuan kepada kejohanan Piala Presiden,” katanya kepada Bernama, di sini pada Khamis.

Mohd Shapian berkata kejohanan Piala Menteri Besar Terengganu itu menawarkan hadiah keseluruhan RM50,000.

Sementara itu, mengenai persiapan Terengganu ke kejohanan Piala Presiden, Mohd Shapian berkata PSTNT akan menjadikannya medan untuk mendedahkan pemain muda.

— BERNAMA

About akarimomar

Bukit Besar, Lorong Mok Pe, Jalan Wireless, Kuala Terengganu Ampang, Selangor SSPS1 1965-1969 SMSSKT 1970-1976 UPM 1977-1981 SIUC 1982-1984 UIS 1985-1987
This entry was posted in Berita, Sukan. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s